Kepada setiap muslimah
yang rela Allah swt sebagai Rabbnya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad
sebagai Rasulnya.
Kepada setiap pendidik yang berjihad di
jalan Allah dengan untaian kalimahnya, menjaga norma-norma nya dan menyucikan
jiwanya.
Kepada wanita yang bimbang dan bersedih,
berbahagialah dengan dekatnya kemudahan, datangnya pertolongan Allah swt serta
janji pahala yang besar dan terhapus segala dosa.
Tidak ada kecantikan bagi seorang wanita,
tiada pula keindahan, harga diri dan kedudukankecuali beriman kepada Allah swt.
Apabila dirinya tegak di atas jalan ini, maka dia lah wanita yang mendapat
petunjuk, diterima amalnya dan menjadi wanita pilihan disisi RabbNya.
Namun, jika dia melepaskan jalan kebenaran
tersebut,kafir terhadap Tuhannya, mengingkari agamanya dan melepaskan
tuntutanNya, maka dia lah cermin kepada wanita yang murahan, hina dan terbuang.
Pada saat itulah sinar kecantikan seorang
wanita mula menghilang, walau berkalung gugusan bintang di langit, meskipun
bermahkota bintang gemini dan matahari terbit di keningnya.
Wahai wanita muslimah yang jujur, wahai
wanita mu'minah yang selalu kembali kepada Allah.
Jadikanlah dirimu itu seperti sepohon
kurma. Jauh dari keburukan, menjulang tinggi menghindar dari sifat mengangau.
Dilempar dengan batu dia menjatuhkan buahnya, tetap hijau pada musim panas
mahupun dingin dan memberikan manfaat kepada sekalian manusia.
Jadilah engkau orang yang menjauhi
perkara-perkara yang rendah, keperibadianmu terjaga dari segala pola hidup yang
menipu rasa malu. Ucapanmu adalah zikir, pandanganmu melahirkan ibrah, diammu
adalah berfikir.
Saat itulah engkau mendapatkan ketenangan
dan akan diterima oleh penduduk bumi. Tercurah segala pujian yang baik-baik,
doa yang jujur dari semua makhluk, dan Allah swt akan menjauhkanmu dari awan
kesempitan, bayang-bayang ketakutan, dan gumpalan kekeruhan.
Tidurlah berbantalkan curahan doa
orang-orang mu'min, lalu bangunlah untuk meraih pujian yang ditujukan kepadamu.
Saat itulah engkau mula menyedari bahawa kebahagiaan bukan terdapat pada
simpanan harta, kad kredit dan kereta, rumah yang bagaikan istana, mahupun pada
kasih nya seorang manusia, namun pada ketaatan terhadap Zat Yang Maha Terpuji.
Kedamaian hidup bukan pada hiasan keduniaan, bukan pula mengabdi kepada hamba,
namun kepada kepatuhan terhadap Zat Yang Maha Mulia.
Pesanku, jadilah seorang wanita yang
bermaruah, yang punya kedudukan tinggi di sisi Tuhannya. Di mana namanya
sentiasa disebut-sebut dalam kalangan para malaikat, dan yang berjaya
memperoleh cinta yang Teragung, iaitu cintanya Ya Rabb lantas menjadi wanita
yang paling bahagia di dunia.
No comments:
Post a Comment